Terma Perkhidmatan PawCare
Versi 2026-11-18 · Dikemas kini: 18 November 2026
1. Pihak-pihak
Terma ini ialah perjanjian antara daymcloud (“kami”), pembekal sistem PawCare, dengan salon grooming atau hotel haiwan yang memegang akaun PawCare (“Salon”). Pemilik akaun salon bersetuju bagi pihak Salon.
daymcloud ialah jenama yang dikendalikan oleh Touch Media (No. Pendaftaran: 202403171322 (RA0114122-P)).
2. Akaun dan keselamatan
- Salon menguruskan log masuk staf sendiri (halaman Team) dan memberi setiap staf hanya akses yang perlu.
- Kata laluan tidak boleh dikongsi. Salon bertanggungjawab atas apa yang dibuat melalui log masuk stafnya.
- Maklumkan kami segera jika anda syak akaun telah disalah guna.
3. Langganan dan bayaran
- Harga dan tempoh langganan seperti yang dipersetujui semasa aktivasi atau pembaharuan.
- Jika langganan masih belum dibayar 14 hari selepas tarikh tamat, akaun Salon DIGANTUNG. Akaun juga digantung jika Salon meminta untuk berhenti.
- Bayaran yang telah dibuat tidak dipulangkan.
4. Penggunaan yang dilarang
Salon tidak boleh menggunakan PawCare untuk apa-apa yang menyalahi undang-undang, cuba mengakses data salon lain, mengganggu sistem, atau menjual semula akses kepada pihak lain.
5. Data dan PDPA
- Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), Salon ialah Pengguna Data (Data User) bagi data pelanggannya (tuan haiwan). daymcloud ialah Pemproses Data (Data Processor): kami memproses data hanya untuk menyediakan PawCare kepada Salon dan mengikut arahan Salon.
- Salon bertanggungjawab memaklumkan pelanggannya tentang Terma & Syarat salon dan Notis Privasi PawCare.
- Kami menjaga data dengan langkah keselamatan yang munasabah: data setiap salon diasingkan, akses ikut peranan, tindakan penting direkod, kata laluan tidak disimpan dalam bentuk asal, dan pangkalan data dibackup setiap hari.
- PawCare dihoskan di pelayan ServerFreak Malaysia. Backup harian disalin ke Google Drive, yang mungkin menyimpannya di luar Malaysia. Backup disimpan 14 hari.
- Jika berlaku kebocoran data yang melibatkan Salon, kami akan memaklumkan Salon secepat mungkin supaya Salon boleh memaklumkan pelanggan dan pihak berkuasa jika perlu.
- Kami tidak menjual data dan tidak menggunakannya untuk pengiklanan.
6. Ketersediaan
Kami berusaha sebaik mungkin supaya PawCare sentiasa boleh digunakan, tetapi tidak menjamin ia tidak akan terganggu langsung (contoh: penyelenggaraan atau masalah pembekal).
7. Had tanggungan
Setakat yang dibenarkan undang-undang, tanggungan kami terhad kepada jumlah yang Salon bayar untuk langganan dalam 12 bulan terakhir.
8. Penggantungan dan penamatan
- Semasa digantung, staf tidak boleh log masuk. Pemilik boleh log masuk untuk melihat dan mengeksport data sahaja, dan menghubungi kami untuk membayar atau mengaktifkan semula.
- Selepas 30 hari digantung, semua data Salon DIPADAM KEKAL dan tidak boleh dikembalikan. Emel amaran dihantar kepada pemilik 7 hari sebelum itu.
9. Perubahan terma
Kami mungkin mengemas kini terma ini. Versi baharu dipaparkan bila pemilik log masuk dan perlu dipersetujui semula.
10. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
11. Hubungi kami
Emel: pawcare.support@daymcloud.com.my. Notis Privasi: https://pawcare.daymcloud.com.my/privacy.