Notis Privasi
Dikemas kini: 18 November 2026
Siapa kami, dan untuk siapa notis ini
PawCare ialah sistem pengurusan untuk salon grooming dan hotel haiwan (“Salon”), dibekalkan oleh daymcloud. Salon menggunakannya untuk menjaga pelanggan mereka sendiri (tuan haiwan) dan haiwan peliharaan mereka.
daymcloud ialah jenama yang dikendalikan oleh Touch Media (No. Pendaftaran: 202403171322 (RA0114122-P)).
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), setiap Salon ialah Pengguna Data (Data User) bagi pelanggannya: Salon menentukan apa yang dikumpul dan kenapa. daymcloud ialah Pemproses Data (Data Processor): kami memproses data itu bagi pihak Salon, hanya untuk menyediakan PawCare.
Maklumat yang disimpan, ikut modul
- Pelanggan (diisi oleh staf Salon): gelaran, nama, telefon, dan jika diberi: emel, alamat, orang untuk dihubungi kecemasan dan nota.
- Haiwan: nama, spesies, baka, warna, jantina, tarikh lahir, berat dan nota penjagaan.
- Booking grooming dan hotel: tarikh dan masa, servis, bilik/sangkar, groomer, status, log penjagaan semasa menginap, dan rekod siapa memaklumkan anda tentang notis ini.
- Jualan (POS, invois, resit, pakej): item, harga, diskaun, bayaran dan baki sesi pakej.
- WhatsApp: Salon menghantar helaian pengesahan booking dan bil kepada anda melalui WhatsApp dari telefon Salon sendiri. PawCare hanya merekod bila mesej dibuka untuk dihantar.
- Salon dan staf: nama Salon, butiran hubungan, logo, dan bagi setiap log masuk staf: nama, username, emel, peranan dan kata laluan (tidak disimpan dalam bentuk asal). Log masuk dan tindakan penting direkod dalam log aktiviti.
PawCare tiada booking online atau portal pelanggan: anda tidak memasukkan apa-apa ke dalam PawCare sendiri. Staf Salon tidak akan meminta kata laluan anda — jangan berikan kata laluan kepada sesiapa.
Kegunaan maklumat
Hanya untuk menjaga haiwan anda, mengurus booking, penginapan, bil dan pakej anda, dan menghantar helaian booking serta bil kepada anda. Kami tidak menjual maklumat, tidak menggunakannya untuk iklan, dan tidak berkongsi untuk pemasaran.
Di mana ia disimpan
PawCare dihoskan di pelayan ServerFreak Malaysia. Backup pangkalan data dibuat setiap hari dan disalin ke Google Drive, yang mungkin menyimpannya di luar Malaysia.
Cara ia dilindungi
- Data setiap Salon diasingkan: Salon lain tidak boleh melihat pelanggan, haiwan atau bil anda.
- Akses ikut peranan: setiap staf hanya nampak apa yang dibenarkan oleh pemilik Salon.
- Kata laluan tidak disimpan dalam bentuk asal.
- Pautan helaian booking dan bil hanya dibuka dengan kod panjang yang sukar diteka.
Tempoh simpanan
- Maklumat disimpan selagi akaun Salon aktif.
- Jika akaun Salon digantung, data disimpan 30 hari, kemudian dipadam kekal dari PawCare.
- Backup disimpan 14 hari, jadi data yang dipadam hilang dari backup dalam masa 14 hari.
Hak anda
Anda boleh: meminta salinan maklumat anda, membetulkan maklumat yang salah, meminta maklumat peribadi anda dipadam (nama, telefon, emel dan alamat dikosongkan; rekod booking dan jumlah bil kekal untuk akaun Salon), dan menarik balik persetujuan anda. Sila hubungi Salon anda dahulu, kerana Salon yang memegang rekod anda. Jika Salon tidak dapat dihubungi, emel kami dan kami akan sampaikan.
Kebocoran data
Jika berlaku kebocoran data yang melibatkan maklumat anda, Salon dan kami akan memaklumkan anda, dan melaporkan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi jika perlu.
Terma untuk Salon
Perjanjian antara daymcloud dengan Salon ada di Terma Perkhidmatan.
Hubungi
Data Protection Contact, Touch Media - pawcare.support@daymcloud.com.my